Showing posts with label Associate Mangrove. Show all posts
Showing posts with label Associate Mangrove. Show all posts

17 July 2011

Scientific Classification - Terminalia cattapa

Kingdom : Plantae
Division: Magnoliophyta
Class : Magnoliopsida
Order : Myrtales
Family : Combretaceae
Genus : Terminalia
Species : T. catappa

Scientific Classification - Genus Excoecaria

Kingdom : Plantae
(unranked): Angiosperms
(unranked): Eudicots
(unranked): Rosids
Order : Malpighiales
Family : Euphorbiaceae
Subfamily : Euphorbioideae
Tribe : Hippomaneae
Subtribe : Hippomaninae
Genus : Excoecaria

Scientific Classification - Derris trifoliata

Kingdom : Plantae
(unranked): Angiosperms
(unranked): Eudicots
(unranked): Rosids
Order : Fabales
Family : Fabaceae
Genus : Derris
Species : D. trifoliata

16 July 2011

Scientific Classification - Dolichandrone spathacea

Kingdom : Plantae
(unranked): Angiosperms
(unranked): Eudicots
(unranked): Asterids
Order : Lamiales
Family : Begoniaceae
Genus : Dolichandrone
Species : D. spathacea

Scientific Classification - Heritiera littoralis

Kingdom : Plantae
(unranked): Angiosperms
(unranked): Eudicots
(unranked): Rosids
Order : Malvales
Family : Malvaceae
Genus : Heritiera
Species : H. littoralis

15 July 2011

Scientific Classification - Hibiscus tiliaceus

Kingdom : Plantae
(unranked): Angiosperms
(unranked): Eudicots
(unranked): Rosids
Order : Malvales
Family : Malvaceae
Genus : Hibiscus
Species : H. tiliaceus

Scientific Classification - Thespesia populnea

Kingdom : Plantae
(unranked): Angiosperms
(unranked): Eudicots
(unranked): Rosids
Order : Malvales
Family : Malvaceae
Genus : Thespesia
Species : T. populnea

29 August 2009

Thespesia populnea

Pokok bakau yang besar, dimana mampu mencapai ketinggian sehingga 10 meter. Ia mempunyai daun yang berbentuk hati (tetapi sedikit runcing dan kecil, berbanding satu lagi species yang hampir sama iaitu Hibiscus Tiliaceus). Akar pokok ini adalah dari jenis banir. Bunganya juga hampir sama dengan bunga Bebaru, tetapi ianya mempunyai stigma yang berwarna ungu berbanding stigma bunga bebaru yang sedikit kuning (atau kuning gelap apabila bunga hampir layu).

20 July 2009

Hibiscus tiliaceus (Bebaru)

Hibiscus tiliaceus merupakan pokok pesisir pantai yang boleh dijumpai di sepanjang kawasan tropika serta subtropika dunia. Ia tumbuh dan kehadirannya adalah sebagai 'hiasan' kepada kawasan pesisir pantai. Ini adalah kerana bunga dari pokok ini adalah amat menyerupai bunga ros (sedikit berbeza dari segi warna, ciri fizikal kelopak bunga, stamen serta pistil). Ia selalu dijumpai di kawasan berpasir dan di kawasan tanah pelbagai.
Bunganya berwarna kuning terang dengan pusat pistilnya berwarna merah. Ia boleh mencapai diameter sehingga 10 cm apabila berkembang dan bunga tersebut akan luruh setelah satu hari berkembang. Sehingga itu, bunga tersebut akan bertukar menjadi warna oren sebelum luruh.

Pokoknya adalah besar dan boleh tumbuh sehingga ketinggian melebihi 15m. Akar pokok ini adalah dari jenis akar banir dan mempunyai ciri-ciri pokok terestrial.

24 June 2009

Heritiera littoralis (Dungun)

Pokok malar yang boleh mencapai ketinggian sehingga 15m dan mempunyai batang berwarna merah muda yang agak kelabu (dan berkelopak apabila tua). Daunnya berbentuk seperti mata pisau dan berwarna hijau gelap diatas dan cerah di bahagian bawah. Daun ini akan bertukar menjadi keperangan apabila tua dan berbentuk eliptik. Bunganya berada didalam kantung rumbai dan berwarna kekuning-kuningan manakala buahnya pula berwarna perang (struktur buahnya hampir sama dengan buah ketapang, tetapi dibezakan oleh ciri yang lain seperti struktur daun dan sebagainya).Kegunaan:
1. Bahan binaan - kayunya amat keras dan sangat sesuai dijadikan bahan binaan.
2. Ubatan tradisional - ekstrak biji benihnya mampu merawat diarrhoea dan disenteri.

Dolichandrone spathacea (Tui)

Pokok kecil dan amat mudah untuk dikenalpasti melalui buahnya yang kelihatan seperti 'kuku yang panjang'. Pokoknya hanya boleh mencapai ketinggian maksimum 10 meter, dan daunnya mempunyai sedikit warna kemerah-merahan. Buahnya memanjang sehingga 50cm dan berbentuk belenkung, serta berwarna perang luntur. Ianya hanya dijumpai dikawasan pesisir pantai serta paya bakau, serta di kuala yang menerima kesan lansung dari pasang surut air laut.

22 June 2009

Derris Trifoliata (Akar Tuba)

Merupakan pokok yang menjalar, tetapi dijumpai di kawasan pesisir pantai dipengaruhi laut. Mempunyai bunga-bunga halus berwarna putih yang cantik. Daun pokok ini mengandungi sebatian kimia rotenon, iaitu sejenis racun yang mampu membunuh pelbagai serangga. Oleh yang demikian, sebatian kimia ini diekstrak secara komersil bagi menghasilkan racun serangga (terdapat sejenis lagi species yang mempunyai nilai komersil ini iaitu Derris elliptica).

Seperti pokok menjalar yang lain, ianya menumpang pada pokok hos, dan menguatkan struktur antara pokok yang dijalar. Ini amat membantu ketika ribut dan angin kuat dimana pohon tidak mudah patah dan sebagainya. Bagaimanapun, pokok ini akan meniggalkan kesan jalar yang jelas pada pokok bakau hos.

06 May 2009

Excoecaria agallocha (Buta-buta)

Nama Buta-buta adalah diperolehi daripada kesan getah dari pohonnya yang boleh menyebabkan buta sementara jika ia memasuki mata. Getah ini juga boleh menyebabkan kulit melepuh dan merengsa.

Pokok itu tumbuh lebih jauh ke daratan (back mangrove), biasanya di tanda air pasang. Ia boleh tumbuh sama ada di kawasan berlumpur atau berbatu. Pokok buta-buta mampu bertoleransi dengan keadaan kemarau dan keadaan berair masin. Ia tumbuh dengan cepat dalam kawasan terbuka dan terdedah dengan cahaya matahari, tetapi boleh juga bertahan di kawasan yang diteduhi pokok tinggi yang lain.

Kegunaan Buta-buta:

1. Sebagai racun: Kaum asli di New Guinea menggunakan getahnya untuk dijadikan racun anak panah.

2. Bahan binaan: Pokok ini adalah satu sumber penting bagi menghasilkan papan murah di Bangladesh.

3. Bahan bakar: Dijadikan kayu arang.

4. Ubatan tradisional: Asap daripada kulit kayu digunakan bagi merawat kusta. Ujian-ujian klinikal menunjukkan yang tumbuhan ini mungkin mempunyai anti-HIV, antikanser, antibakteria dan ciri-ciri antivirus.

Ciri-ciri utama:

Ketinggian: Tumbuh sehingga 14-20m.
Kulit: kelabu, gerutu diliputi lubang-lubang halus.
Daun: 6-10cm panjang, berhujung tajam. Daun tua kelihatan merah mengikut keadaan sinar matahari.
Bunga: Kecil. Bunga jantan dan bunga betina berada di pokok yang berbeza
Buah: Kecil, bulat, bercambah dalam kelompok.

Status Di Malaysia: Jarang dijumpai

27 March 2009

Terminalia cattapa (Ketapang)

Ketapang merupakan pokok yang biasa dijumpai, mahupun di tepi jalan. Ini kerana ianya mampu mengadaptasi di daratan mahupun di kawasan pesisir pantai. Walaupun ia boleh didapati di daratan, ia dikelaskan sebagai kelompok 'bakau' kerana boleh hidup dikawasan yang mempunyai pengaruh laut. Di pesisir pantai, pokok ketapang hidup di kawasan berpasir atau berbatu.

Kegunaan Ketapang:

1. Sebagai makanan: Buahnya boleh dimakan dan mempunyai rasa seperti badam, walaupun isinya sukar dipisahkan dari kulitnya yang keras seperti batu. Buahnya dimakan mentah.

2. Ubatan tradisional:
a) Daun, kulit dan buah-buahan: cirit-birit (Asia Tenggara); merawat sakit sendi/reumatik (Indonesia, India).
b) Buah, kulit: batuk (Samoa), asma (Mexico).
c) Buah: kusta, sakit kepala (India).
d) Buah yang dimasak: mengubati rasa loya sewaktu dalam perjalanan jauh (Mexico).
e) Daun: mengelakkan parasit usus (Filipina), merawat masalah-masalah mata, penyakit sendi, luka-luka (Samoa), menghentikan pendarahan semasa pengekstrakan gigi (Mexico), merawat hati penyakit-penyakit (Taiwan).
f) Jus dari daun: kudis, penyakit-penyakit kulit, kusta (India, Pakistan)
g) Kulit kayu: masalah kerongkong dan mulut, sakit perut dan cirit-birit (Samoa), demam dan cirit-birit (Brazil).

Ciri-ciri utama:

Ketinggian: Tumbuh sehingga 25-30m.
Kulit: Kelabu, merekah dan berkelopak.
Daun: Besar dan berubah warna jika daunnya hampir luruh.
Bunga: Kecil, kehijau-hijauan putih, berumpun panjang, muncul pada daun atas axils. 1-9 kuntum bunga pada hujung adalah bunga betina, dan bakinya adalah bunga jantan.
Buah: Berbentuk buah badam.

Status di Malaysia: Biasa dijumpai