Showing posts with label Bakau Pulau Langkawi. Show all posts
Showing posts with label Bakau Pulau Langkawi. Show all posts

08 May 2011

Senarai spesis bakau yang boleh dijumpai di Pulau Langkawi, Kedah

Berikut adalah senarai spesis bakau yang boleh dijumpai di Pulau Langkawi, Kedah, Malaysia.

Citation:
Zuhairi, A., 2010. Impact of Coastal Development on Mangrove Distribution in Langkawi Island, Malaysia. MSc Thesis, International Islamic University Malaysia.

Sila klik imej untuk zoom.

23 April 2011

Mangrove Species Distribution in Dayang Bunting and Tuba Island, Langkawi, Malaysia

Berikut adalah species-species bakau yang boleh dijumpai di Pulau Dayang Bunting dan Pulau Tuba, Langkawi.

Data yang dipaparkan adalah berdasarkan kajian lapangan yang dijalankan pada tahun 2008. Diversifikasi pada masa terkini adalah tidak diketahui. Koordinat tepat tidaklah dipaparkan, tetapi lokasi kajian lapangan tersebut bolehlah diperhati berdasarkan peta ringkas yang dipaparkan.

Sila klik imej untuk zoom.

25 May 2010

Bakau Sungai Kilim, Pulau Langkawi

Kajian mengenai bakau Sungai Kilim, Langkawi telah dijalankan pada tahun 2009 berobjektifkan menentukan jenis pembangunan yang memberi kesan lansung terhadap taburan dan keluasan bakau. Kajian telah dijalankan menggunakan kaedah analisa imej satelit SPOT, klasifikasi 'supervised' serta analisis PCA, dan juga kaedah kajian lapangan. Hasil kajian mendapati bakau di Sungai Kilim telah terdegradasi sebanyak 176.83 hektar daripada 2153.07 hektar keluasannya pada tahun 1996. Keluasan bakau yang tinggal pada tahun 2008 adalah sebnyak 1976.24 hektar sahaja. Beberapa faktor utama telah dikenalpasti sebagai punca utama fenomona ini iaitu pembangunan kawasan komersil dan penempatan, agrikultur, akuakultur dan 'wake current'. Peratusan bagi setiap faktor adalah berlainan dan ditentukan melalui perbandingan jumlah keluasan bakau yang telah hilang berbanding keluasan sebenar pada tahun 1996.