Hibiscus tiliaceus merupakan pokok pesisir pantai yang boleh dijumpai di sepanjang kawasan tropika serta subtropika dunia. Ia tumbuh dan kehadirannya adalah sebagai 'hiasan' kepada kawasan pesisir pantai. Ini adalah kerana bunga dari pokok ini adalah amat menyerupai bunga ros (sedikit berbeza dari segi warna, ciri fizikal kelopak bunga, stamen serta pistil). Ia selalu dijumpai di kawasan berpasir dan di kawasan tanah pelbagai.
Bunganya berwarna kuning terang dengan pusat pistilnya berwarna merah. Ia boleh mencapai diameter sehingga 10 cm apabila berkembang dan bunga tersebut akan luruh setelah satu hari berkembang. Sehingga itu, bunga tersebut akan bertukar menjadi warna oren sebelum luruh.
Pokoknya adalah besar dan boleh tumbuh sehingga ketinggian melebihi 15m. Akar pokok ini adalah dari jenis akar banir dan mempunyai ciri-ciri pokok terestrial.
20 July 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment