Showing posts with label Ancaman Terhadap Bakau. Show all posts
Showing posts with label Ancaman Terhadap Bakau. Show all posts

29 March 2010

Wake Current

"Wake Current" merupakan salah satu ancaman kepada bakau terutamanya species yang mendiami pesisir pantai/kawasan tebing yang menjadi laluan bot. Arus yang terhasil daripada propeller bot akan menghentam pantai dan kekerapannya bergantung kepada kekerapan bot yang lalu dikawasan berhampiran.
Dalam jangka masa yang panjang, keadaan ini akan menghakis sedikit demi sedikit tebing, dan secara tidak lansung, bakau turut terjejas.

Keadaan seperti ini dapat diperhatikan dengan jelas contohnya di Pulau Sebatik, Tawau, serta Sungai Kilim, Langkawi (didalam gambar) dimana bakaunya dengan jelas terancam disebabkan faktor wake current ini.

19 July 2009

Industri Marikultur

Marikultur merupakan cabang akuakultur yang mengkhususkan kepada ternakan organisma marine sebagai sumber makanan serta produk lain. Ianya melibatkan pelbagai kaedah pengkulturan dimana lokasi amnya adalah berhampiran dengan laut oleh kerana sumber air lautnya. Oleh yang demikian, paya bakau menjadi sebuah kawasan 'lubuk emas' kerana kesesuaiannya untuk industri pengkulturan.
Keghairahan untuk meraih keuntungan telah menyebabkan hutan paya bakau semakin terancam dimana semakin banyak bakau ditebang untuk dijadikan kolam ternakan ikan, udang, dan ketam. Fenomena ini berleluasa di seluruh negara dan tanpa pengawalan dan pemantauan, bakau akan menerima kesannya. Tempiasnya akan dirasai oleh penduduk sekeliling yang bergantung padanya sebagai sumbert pendapatan, serta ekologi paya bakau akan turut terganggu.

Contoh terbaik adalah hutan paya laut Matang, Perak. Walaupun telah diwartakan sebagai hutan simpan dan menjadi sumber pendapatan kepada penduduk setempat, masih ada segelintir yang tamak dan rakus untuk menebang bakau tanpa kawalan bagi dijadikan kolam ternakan.
*sumber: Metro & Buletin Utama 18 July 2009.
Perlu diingatkan, TANPA BAKAU, ternakan akuakultur anda juga tidak akan mendatangkan HASIL yang lumayan dan berterusan, kerana bakaulah yang menyediakan keadaan sesuai (suitable conditions) bagi pembiakan dan tumbesaran ternakan anda!

17 June 2009

Pembalakan

Bakau mempunyai nilai komersil yang tinggi dalam industri pembalakan. Ini kerana pokok bakau amat sesuai dijadikan bahan pembinaan (cerucuk dan kayu tiang) untuk bangunan, rumah dan jambatan. Ia juga boleh dijadikan pulpa bagi menghasilkan kertas, serta arang kayu jika dibakar dalam tempoh yang lama dan diproses. Di sesetengah negara, tannin diekstrak daripada batangnya untuk dikomersilkan. Harganya yang mahal menyebabkan pembalakan bakau menjadi semakin kerap.

Pembangunan

Pembangunan merupakan faktor utama berlakunya degradasi bakau dalam tempoh yang singkat. Kebanyakan projek pembangunan dijalankan di pesisir pantai disebabkan oleh nilai komersil tanah pesisir, potensi industri perikanan, prospek bagi industri pelancongan dan sebagainya. Sehingga kini, penduduk di pesisir pantai semakin bertambah, termasuklah di Malaysia.

Ini menambahkan lagi tekanan terhadap ekosistem pesisir, dan salah satunya adalah ekosistem bakau. Tanggapan orang ramai yang melihat hutan bakau sebagai 'menyemakka mata' adalah salah sama sekali. Bakau merupakan antara ekosistem paling kaya dengan biodiversiti dan paling penting untuk kemandirian organisma. Oleh yang demikian, pembangunan di pesisir pantai terutamanya di kawasan bakau haruslah mengambil kira kesan daripada pembangunan tersebut terhadap persekitaran khususnya, dan pihak yang bertanggungjawab perlulah mengetatkan pemantauan, menambahbaik kajian serta melihat bakau dari 'kaca mata' saintis.