Showing posts with label Genus Lumnitzera. Show all posts
Showing posts with label Genus Lumnitzera. Show all posts

09 July 2011

Scientific Classification - Genus Lumnitzera

Kingdom : Plantae
Division: Magnoliophyta
Class : Magnoliopsida
Order : Myrtales
Family : Combretaceae
Genus : Lumnitzera

13 May 2009

Lumnitzera racemosa (Teruntum Putih)

Hampir serupa dengan teruntum merah, tetapi hanya dibezakan dengan warna bunga, daun dan saiz pokok.
Ciri-ciri:
Ketinggian: Sehingga 4 meter
Sistem akar: Akar serabut (seperti akar pokok daratan).
Daun: Berwarna hijau muda (berbanding teruntum merah yang berwarna hijau kekuning-kuningan) , tangkai dan stipul berwarna kekuning-kuningan, bujur dan sedikit eliptik.
Bunga:Bunga putih berbentuk sedikit kon ('conical crown), berkelompok sehingga 2-14 dalam 1 cabang.

Status:
Dijumpai di sesetengah tempat di Malaysia.

11 May 2009

Lumnitzera littorea (Teruntum Merah)

Salah satu species bakau yang mempunyai nilai hiasan kerana bunganya yang berwarna merah dan menarik.

Kegunaan:

1. Bahan Binaan: Sebagai tiang dan lantai untuk jambatan, dan bangunan.

2. Kegunaan lain: Bahan bakar (kayu api, arang)

3. Ubat tradisional: Daunnya dijadikan bahan bagi mencuci luka.
Ciri-ciri utama:

Ketinggian: Tumbuh sehingga 8m.
Akar: Akar serabut (seperti akar bagi pokok daratan).
Daun: Hijau gelap dan mempunyai batang yang tidak jelas.
Bunga: Kecil, berwarna merah, dan sedikit jingga dibawah sinar matahari yang berlainan.

Status Di Malaysia: Biasa dijumpai.