Showing posts with label Pengumuman. Show all posts
Showing posts with label Pengumuman. Show all posts

17 January 2012

The Oceanographer!



Blog terbaru 'The Oceanographer' akan dilancarkan tidak lama lagi. Blog ini akan mengupas isu-isu mengenai lautan serta informasi yang berkaitan, sesuai untuk semua lapisan pembaca terutamanya pelajar IPT.

Diharap dengan adanya blog informasi 'The Oceanographer' ini, lebih banyak maklumat dapat disampaikan kepada para pembaca dan dapat dimaanfaatkan oleh semua pihak.

Blog ini akan ditulis dalam dwibahasa.

02 June 2011

Tahniah kepada Prof. Madya Dr. Shahbudin Saad!

Tahniah diucapkan kepada Prof. Madya Dr. Shahbudin Saad kerana telah dilantik sebagai Professor Madya.

20 September 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Sempena Hari Raya Aidilfitri 2010 ini, pihak editor BakauMalaysia ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin kepada semua yang mengikuti atau yang membaca blog ini. Diharap anda semua diberkati oleh Allah S.W.T.

Pihak editor juga memohon maaf jika terdapat sebarang pertanyaan yang lambat dijawab oleh pihak kami. Ini kerana kami kekurangan kakitangan untuk memastikan blog ini sentiasa dikemaskini. Walaubagaimanapun, pihak kami akan sentiasa memberikan yang terbaik untuk memastikan pembaca mendapat meklumat yang diperlukan.

Selamat Hari Raya!

17 May 2010

Kursus 'Research Methodology'

Pada 9 Mei hingga 14 Mei 2010 yang lalu, pihak Management Service Division (MSD) telah menganjurkan kursus 'Research Methodology' bertempat di UIA kampus Gombak. Seramai 6 orang peserta daripada INOCEM telah mengikuti kursus ini dengan jayanya.

Syabas diucapkan kepada semua peserta.

06 March 2010

Pembentangan bagi Kluster Bakau RCG:15

Pada hari Isnin, 8 March 2010 bertempat di Kulliyyah Medicine IIUM Kuantan, satu pembentangan bagi Kluster Bakau RCG:15. Kluster ini merupakan sejumlah dana yang diperuntukkan oleh pihak RMC (Research Managment Centre), IIUM kepada MRIU (Mangrove Research and Information Unit) bertujuan menjalankan kajian mengenai bakau di Kuantan, Pahang. Sesi ini akan dibentangkan oleh Asst. Prof. Dr. Shahbudin Saad.

20 January 2010

Ekslusif: Berita dari INOCEM bahagian 2

Bagunan Institut Oseanografi dan Kajian Maritim (INOCEM) akan mula dibina dalam tempoh masa yang terdekat. Bangunan ini akan menjadi pusat pengurusan dan pembelajaran bagi program 'Marine Resources and Management' dalam tempoh 3 tahun akan datang.

Bangunan ini akan dilengkapi segala kemudahan untuk para penyelidik dan pelajar, termasuklah peralatan makmal yang mencukupi dan sebagainya.

Gambar: tender yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan bagi tawaran permohonan tender pembinaan secara online. Untuk maklumat sila layari pautan dibawah.

http://www.tenderdirect.com.my/bm/kontraktor/cari/tender/fullcariEng.php3?email=

14 January 2010

Ekslusif: Berita dari INOCEM bahagian 1

Institut Oseanografi dan Kajian Maritim (INOCEM) akan menawarkan program 'Marine Resources and Management' bagi tempoh 3 tahun yang akan datang. Kertas kerja bagi kursus ini sedang disiapkan dan permohonan pihak INOCEM dijangka akan diluluskan oleh pihak kementerian oleh kerana INOCEM memenuhi beberapa kriteria yang ditetapkan.

Jika tiada sebarang masalah, INOCEM akan membuka tempat kepada para pelajar bagi program ini pada peringkat pengajian Sarjana Muda.

06 January 2010

Bakau Kuantan

Setelah beberapa ketika blog ini tidak dikemaskini kerana kekangan masa, kini pihak editor boleh menarik nafas lega kerana Kluster penyelidikan bakau bagi kawasan Kuantan telah berjaya disiapkan. Sebahagian daripada dana dari Kluster Penyelidikan Pahang ini juga telah digunakan bagi beberapa penyelidikan di tempat lain. Hasilnya, sejumlah besar journal telah berjaya disiapkan oleh para penyelidik dan pelajar pascasiswazah di Institut Oseanografi dan Kajian maritim (INOCEM).

Oleh kerana penyelidikan kluster ini telah tamat, pihak penyelidik INOCEM terdiri daripada Asst. Prof. Dr. Shahbudin saad, Prof. Dr. Kamaruzzaman Yunus, dan Prof. Madya Dr. Ahmed Jalal Khan Chowdhury sedang berusaha mendapatkan geran penyelidikan fundamental (FRGS) daripada kementerian pendidikan.

Semoga mereka berjaya mendapat kelulusan daripada pihak yang berkenaan.

10 July 2009

Kemaskini pada bulan July 2009

Assalamualaikum.

Kemaskini terbaru telahpun dibuat dan berikut beberapa spesis yang masih belum tertangguh entrinya:

Kandelia kandel
Thespesia populnea

Penagguhan ini adalah kerana pihak kami sedang menyediakan dan memasukkan beberapa entri baru melibatkan organisasi MRIU serta kumpulan entri 'Ancaman terhadap bakau'. Walaupun begitu, kemaskini pada bulan Julai akan dibuat sebanyak beberapa kali lagi bagi memenuhi beberapa soalan yang telah di e-mail kepada editor.

Entri untuk bahagian remote sensing juga akan ditambah (setelah lama bab ini tidak disentuh). Turut masih dalam perbincangan adalah entri koleksi gambar-gambar bunga bakau.

Sekian..

17 June 2009

Kemaskini pada bulan Jun 2009

Assalamualaikum.

Sebelum itu pihak editor memohon maaf diatas kelewatan proses pengemaskinian. Ini adalah kerana kepadatan jadual pihak editor. Walaubagaimanapun, kemaskini terakhir adalah pada 25 May yang lalu tidak lengkap dan beberapa species masih tertinggal. Entry dalam kategori Aplikasi remote sensing juga belum disambung.

Berikut adalah species yang belum dimasukkan ke dalam blog ini:

Exclusive mangrove:
Sonneratia ovata

Associate:
Derris trifoliata
Dolichandrone spathacea
Heritera littoralis
Hibiscus tiliaceus
Kandelia kandel
Thespesia populnea

Pada kemaskini yang akan datang, ianya akan disentuh dan entry terkini adalah mengenai contoh dan kesan pembangunan terhadap bakau.

Harap maaf.

01 May 2009

Kemaskini bagi bulan Mei 2009

Berikut adalah beberapa spesis bakau lagi yang akan dikemaskinikan didalam blog ini pada bulan Mei2009:

Rhizophora stylosa
Brugeira parviflora
Lumnitzera littorea
Lumnitzera racemosa
Sonneratia caseolaris
Sonneratia ovata

Associate:
Derris trifoliata
Dolichandrone spathacea
Heritera littoralis
Hibiscus tiliaceus
Kandelia kandel
Thespesia populnea

Bagi kandungan remote sensing- penggunaan perisian Erdas, insyaAllah akan diteruskan sehingga bahagian ke-5. Penggunaan perisian Arc-View masih dalam proses untuk disusun, jadi harap bersabar. Kepada yang bertanya, terima kasih diucapkan.

Assalamualaikum.