Unit Kajian dan Informasi Bakau (MRIU) dari Institut Oseanografi dan Kajian Maritim, adalah merupakan nadi dan pencetus kepada penyelidikan berasaskan kepada hutan paya bakau di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Ianya dibiayai dibawah Kluster Penyelidikan Bakau berteraskan kepada beberapa bidang kajian iaitu:
1. Pemantauan dan konservasi paya bakau menggunakan teknologi remote sensing.
2. Kajian elemen-elemen berat di hutan paya bakau.
3. Biodiversiti mikro dan makroorganisma di hutan paya bakau.
4. Identifikasi spesis serta komposisi hutan paya bakau.
Unit ini ditubuhkan dengan hanya beberapa tenaga penggerak. Namun begitu, diharap dengan usaha yang berterusan, unit ini mampu menghasilkan kajian yang diterima pakai oleh pelbagai pihak. Oleh yang demikian, kami sentiasa berusaha untuk menyampaikan maklumat dari pelbagai kaedah dengan menggunakan medium Bahasa Melayu, bertujuan untuk meningkatkan kefahaman orang ramai dan menimbulkan kesedaran tentang betapa pentingnya hutan paya bakau ini. kami juga ingin menambah maklumat sedia ada dan sekiranya terdapat sebarang komen, pembetulan ataupun kritikan membina, pihak kami amat mengalu-alukannya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment