Species ini mengunjur dari Asia Tenggara sehingga Australia, tetapi amat kurang dijumpai. Kulit daripada Bruguiera parviflora boleh menghasilkan bahan yang mengeluarkan bau bagi menakutkan ikan (bagi tujuan mengarahkan ikan ke sudut yang dipasangkan jaring --> salah satu kaedah menangkap ikan). Kayunya pula dijadikan bahan bakar dan pucuk daun dijadikan sayur-sayuran atau ulam.
Ciri-ciri utama:
Ketinggian: Sehingga 15-20m tinggi.
Batang: kelabu, rata.
Akar: sistem akar lutut dengan sokongan.
Daun: eliptik, mempunyai stipule berwarna kuning langsat dan hujung yang tajam.
Bunga: berkelompok sehingga 2-5 kelompok bagi setiap sudut dan bersepal kuning.
Buah: Hipokotil silinder sehingga 13cm, halus, berbentuk seperti pensel dan rata.
Status Di Malaysia: Dijumpai di sesetengah tempat
09 May 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment