22 June 2009

Derris Trifoliata (Akar Tuba)

Merupakan pokok yang menjalar, tetapi dijumpai di kawasan pesisir pantai dipengaruhi laut. Mempunyai bunga-bunga halus berwarna putih yang cantik. Daun pokok ini mengandungi sebatian kimia rotenon, iaitu sejenis racun yang mampu membunuh pelbagai serangga. Oleh yang demikian, sebatian kimia ini diekstrak secara komersil bagi menghasilkan racun serangga (terdapat sejenis lagi species yang mempunyai nilai komersil ini iaitu Derris elliptica).

Seperti pokok menjalar yang lain, ianya menumpang pada pokok hos, dan menguatkan struktur antara pokok yang dijalar. Ini amat membantu ketika ribut dan angin kuat dimana pohon tidak mudah patah dan sebagainya. Bagaimanapun, pokok ini akan meniggalkan kesan jalar yang jelas pada pokok bakau hos.

No comments:

Post a Comment