25 May 2010

Bakau Sungai Kilim, Pulau Langkawi

Kajian mengenai bakau Sungai Kilim, Langkawi telah dijalankan pada tahun 2009 berobjektifkan menentukan jenis pembangunan yang memberi kesan lansung terhadap taburan dan keluasan bakau. Kajian telah dijalankan menggunakan kaedah analisa imej satelit SPOT, klasifikasi 'supervised' serta analisis PCA, dan juga kaedah kajian lapangan. Hasil kajian mendapati bakau di Sungai Kilim telah terdegradasi sebanyak 176.83 hektar daripada 2153.07 hektar keluasannya pada tahun 1996. Keluasan bakau yang tinggal pada tahun 2008 adalah sebnyak 1976.24 hektar sahaja. Beberapa faktor utama telah dikenalpasti sebagai punca utama fenomona ini iaitu pembangunan kawasan komersil dan penempatan, agrikultur, akuakultur dan 'wake current'. Peratusan bagi setiap faktor adalah berlainan dan ditentukan melalui perbandingan jumlah keluasan bakau yang telah hilang berbanding keluasan sebenar pada tahun 1996.

No comments:

Post a Comment