06 January 2010

Bakau Kuantan

Setelah beberapa ketika blog ini tidak dikemaskini kerana kekangan masa, kini pihak editor boleh menarik nafas lega kerana Kluster penyelidikan bakau bagi kawasan Kuantan telah berjaya disiapkan. Sebahagian daripada dana dari Kluster Penyelidikan Pahang ini juga telah digunakan bagi beberapa penyelidikan di tempat lain. Hasilnya, sejumlah besar journal telah berjaya disiapkan oleh para penyelidik dan pelajar pascasiswazah di Institut Oseanografi dan Kajian maritim (INOCEM).

Oleh kerana penyelidikan kluster ini telah tamat, pihak penyelidik INOCEM terdiri daripada Asst. Prof. Dr. Shahbudin saad, Prof. Dr. Kamaruzzaman Yunus, dan Prof. Madya Dr. Ahmed Jalal Khan Chowdhury sedang berusaha mendapatkan geran penyelidikan fundamental (FRGS) daripada kementerian pendidikan.

Semoga mereka berjaya mendapat kelulusan daripada pihak yang berkenaan.

No comments:

Post a Comment