28 September 2009

ICZM2009, Izmir, Turki

Konferen dan Bengkel bertajuk 'Integrated Coastal Zone Management 2009' akan diadakan bertempat di Izmir, Turki pada 20-22 Oktober 2009. Konferen ini dianjurkan oleh Inter-Islamic and Technology Network on Oceanography (INOC), Institute of Marine Science and Technology,Dokuz Eylul University, Turki. Konferen ini akan dihadiri oleh Asst. Prof. Dr. Shahbudin Saad yang akan menyampaikan pembentangan kertas penyelidikan bertajuk 'Impacts of Coastal Development on Kuantan Mangroves'. Beliau mendapat slot pembentangan pada 21 Oktober, dan diucapkan selamat berjaya. Semoga beliau selamat dalam perjalanan pergi dan pulang serta membawa pulang maklumat-maklumat baru mengenai penyelidikan bakau. Untuk maklumat lanjut bolehlah melayari laman web berikut:

"http://www.deu.edu.tr/DEUWeb/Icerik/Icerik.php?KOD=16176".

No comments:

Post a Comment