29 August 2009

Thespesia populnea

Pokok bakau yang besar, dimana mampu mencapai ketinggian sehingga 10 meter. Ia mempunyai daun yang berbentuk hati (tetapi sedikit runcing dan kecil, berbanding satu lagi species yang hampir sama iaitu Hibiscus Tiliaceus). Akar pokok ini adalah dari jenis banir. Bunganya juga hampir sama dengan bunga Bebaru, tetapi ianya mempunyai stigma yang berwarna ungu berbanding stigma bunga bebaru yang sedikit kuning (atau kuning gelap apabila bunga hampir layu).

No comments:

Post a Comment