19 July 2009

Industri Marikultur

Marikultur merupakan cabang akuakultur yang mengkhususkan kepada ternakan organisma marine sebagai sumber makanan serta produk lain. Ianya melibatkan pelbagai kaedah pengkulturan dimana lokasi amnya adalah berhampiran dengan laut oleh kerana sumber air lautnya. Oleh yang demikian, paya bakau menjadi sebuah kawasan 'lubuk emas' kerana kesesuaiannya untuk industri pengkulturan.
Keghairahan untuk meraih keuntungan telah menyebabkan hutan paya bakau semakin terancam dimana semakin banyak bakau ditebang untuk dijadikan kolam ternakan ikan, udang, dan ketam. Fenomena ini berleluasa di seluruh negara dan tanpa pengawalan dan pemantauan, bakau akan menerima kesannya. Tempiasnya akan dirasai oleh penduduk sekeliling yang bergantung padanya sebagai sumbert pendapatan, serta ekologi paya bakau akan turut terganggu.

Contoh terbaik adalah hutan paya laut Matang, Perak. Walaupun telah diwartakan sebagai hutan simpan dan menjadi sumber pendapatan kepada penduduk setempat, masih ada segelintir yang tamak dan rakus untuk menebang bakau tanpa kawalan bagi dijadikan kolam ternakan.
*sumber: Metro & Buletin Utama 18 July 2009.
Perlu diingatkan, TANPA BAKAU, ternakan akuakultur anda juga tidak akan mendatangkan HASIL yang lumayan dan berterusan, kerana bakaulah yang menyediakan keadaan sesuai (suitable conditions) bagi pembiakan dan tumbesaran ternakan anda!

No comments:

Post a Comment