12 January 2009

Sonneratia alba (Perepat)

Perepat mempunyai akar pneumatofor berbentuk pensel (seperti Avicennia sp.), tetapi lebih besar dan berbentuk sedikit kon. Perepat boleh hidup di kawasan ekstrem (menerima keadaan pasang surut yang ekstrem), dan boleh hidup dikawasan yang mempunyai julat perbezaan saliniti yang besar. Perepat biasanya tumbuh dikawasan pinggir pantai yang terdedah, lembut tetapi stabil. Perepat menyimpan sebahagian besar garam didalam daunnya dan dikeluarkan (secrete) melalui hujung daun. Garam yang disimpan boleh juga dibuang melalui proses peluruhan daun. Kulit kayunya diselaputi oleh lilin bagi mengelakkan kehilangan air.

Kegunaan:

1. Bahan makanan: daunnya boleh dimakan mentah, dan dijadikan makanan unta di selatan afrika.

2. Bahan binaan: disebabkan kayunya tahan daripada dimakan ulat, ianya sesuai dijadikan kayu untuk membuat kapal, dan cerucuk. Tetapi, kayu perepat jika dijadikan bahan binaan bersama besi, ia akan menjadi agen pengarat, kerana terdapat garam yang banyak (ditafsirkan sebagai mineral) di dalam komposisi kayunya.

3. Ubatan traditional: Buah dijadikan ubat batuk, menghentikan pendarahan dan mengurangkan cedera akibat bengkak.

Status di Malaysia: Dijumpai di beberapa tempat

No comments:

Post a Comment