09 May 2009

Rhizophora Stylosa (Bakau)

Salah satu daripada species dari genus Rhizophora, tetapi mempunyai beberapa ciri yang berlainan iaitu mempunyai tangkai berwarna kekuning-kuningan dan dan 'style' yang panjang sehingga 4-6cm (style adalah bahagian yang menjarakkan stigma daripada ovari bunga, rujuk --> bahagian-bahagian bunga). Dijumpai di Malaysia dan Asia Tenggara, Australia, Papua New Guinea dan Taiwan.

Ciri-ciri:

Ketinggian: Sehingga 8 meter
Sistem akar: Akar Jangkang.
Daun: Berwarna kekuning-kuningan, tangkai dan stipul berwarna kekuning-kuningan, bujur dan sedikit eliptik.
Bunga:Bunga berkelompok sehingga 2-14 dalam 1 cabang, lansing dan kekuning-kuningan.
Buah: Berketuat dan memanjang sehingga 60 cm.

No comments:

Post a Comment