11 May 2009

Lumnitzera littorea (Teruntum Merah)

Salah satu species bakau yang mempunyai nilai hiasan kerana bunganya yang berwarna merah dan menarik.

Kegunaan:

1. Bahan Binaan: Sebagai tiang dan lantai untuk jambatan, dan bangunan.

2. Kegunaan lain: Bahan bakar (kayu api, arang)

3. Ubat tradisional: Daunnya dijadikan bahan bagi mencuci luka.
Ciri-ciri utama:

Ketinggian: Tumbuh sehingga 8m.
Akar: Akar serabut (seperti akar bagi pokok daratan).
Daun: Hijau gelap dan mempunyai batang yang tidak jelas.
Bunga: Kecil, berwarna merah, dan sedikit jingga dibawah sinar matahari yang berlainan.

Status Di Malaysia: Biasa dijumpai.

No comments:

Post a Comment