06 May 2009

Rhizophora mucronata (Bakau Kurap)

Bakau Minyak adalah bakau yang lebih toleran dan mampu hidup dikawasan berpasir atau lumpur. Ia mampu hidup walaupun tenggelam semasa paras pasang surut tinggi. Nama Kurap diperolehi daripada keadaan buahnya yang berbiji-biji seolah-olah ketuat.

Kegunaan Bakau Kurap:

1. Sebagai makanan: Sesetengah orang mendakwa buahnya boleh dimakan setelah kulitnya dikikis dan didihkan bersama abu kayu dan sesetengah lagi meragui buahnya selamat dimakan.
Di India, buahnya didakwa manis dan boleh dimakan, serta jusnya boleh dijadikan wain. Walaupun buahnya dimakan, madu dari bunganya adalah dikatakan beracun.

2. Bahan binaan: Kayunya yang berat, dan tidak tahan lama, tetapi sekiranya dikeringkan bagi tempoh masa yang mencukupi, ianya cukup kuat untuk dijadikan bahan binaan seperti kayu cerucuk dan tiang.

3. Bahan bakar: Bakau minyak merupakan bahan utama utuk arang kayu di sesetengan negara seperti Indonesia dan Malaysia. Walaupun begitu, kegiatan ini adalah berkurangan setelah kejadian Tsunami dimana semua negara mula menyedari peranannya sebagai benteng untuk menahan ombak.

4. Ubatan tradisional: Digunakan sebagai astrigen dan untuk merawat angina, merawat hemorrhages (melalui ekstrak daripada anak pokok oleh penduduk Indochina), merawat cirit-birit (China, Jepun), merawat kencing manis dan hematuria. Demah daun adalah sudah biasa bantuan ikan berperisai menyakiti. Daunnya digunakan oleh orang-orang Melayu semasa kelahiran. Kulitnya digunakan untuk merawat pendarahan semasa membuang air (Burma).

5. Kegunaan lain: Ditanam di pesisir pantai sebagai penghalang hakisan dan mengurangkan kesan ombak, sebagai sutera buatan (Rayon) dan tannin.


Ciri-ciri utama:

Ketinggian: 15-25m
Sistem akar: Akar Jangkang, dimana akar-akar yang baru akan tumbuh dibawah akar-akar lama dan menyokongnya sehingga akar lama kelihatan terangkat (Prop root).
Daun: Berwarna kekuning-kuningan. Bahagian bawah daun terdapat bintik-bintik hitam yang kecil.
Bunga:Bunga langsing dan kuning serta pendek (0.5-1.5mm).
Buah: Berwana coklat, keras, bujur/kon. Biji benih bercambah dalam buah membentuk sebatang anak pokok sehingga sepanjang 60cm. Anak benih tumbuh lurus, permukaannya berlekak-lekuk, berketuat dan mempunyai hujung yang tajam.

Status di Malaysia: Mudah dijumpai

No comments:

Post a Comment