14 March 2009

Avicennia lanata (Api-Api Bulu)

Pokok ini dibezakan oleh ciri-ciri yang berlainan yang terdapat pada buah dan daunnya. Daunnya berbulu (bahagian bawah) untuk memelihara kehadiran air dengan memerangkap lapisan udara dan mengurangkan kehilangan air secara sejatan.

Kegunaan Api-Api Bulu:

1. Sebagai makanan: Benihnya boleh dimakan setelah direbus. Di beberapa tempat, ianya dijual di pasar sebagai sayur/ulam. Bunganya berbau harum, menghasilkan nektar dan didebungankan oleh serangga. Sarang lebah boleh dijumpai di pokok ini dimana madu yang dihasilkan oleh lebah dari nektar bunganya adalah dikatakan antara yang terbaik.

2. Kegunaan lain: Oleh kerana pokok ini cepat tumbuh dan membesar, ia sesuai dijadikan sebagai tanaman pesisir bagi mengawal hakisan. Ia tidak sesuai dijadikan arang kayu dan bahan binaan, tidak seperti Bakau Minyak dan Tumu.

Ciri-Ciri utama:

Ketinggian: tumbuh sehingga 25m.
Akar: Sistem akar pensel iaitu akar pnematofor berbentuk pensel yang tumbuh secara horizontal keatas daripada akar utamanya yang menjalar.
Daun: Putik lembut dan licin di atas dan berbulu dibahagian bawah daun. Ianya berwarna coklat kekuning-kuningan.
Bunga: Kecil, beberapa kuntum bunga bercambah bersama .
Buah: Berbentuk kapsul rata dan berbulu, mengandungi satu biji benih, berwarna hijau/coklat kuning.

Status di Malaysia: Dijumpai di sesentengah kawasan terutamanya Sabah dan Sarawak.

No comments:

Post a Comment