16 March 2009

Bahagian 1- Persediaan

Bagi menganalisa data berkaitan bakau menggunakan teknologi remote sensing, perkara yang mesti diutamakan adalah asas kepada teknologi itu sendiri. Disini saya akan menunjukkan cara-cara menganalisa sahaja, asas pemahaman remote sensing perlulah dikuasai dahulu. Bagi yang memerlukan bantuan untuk mencari rujukan asas pemahaman teknologi remote sensing, bolehla mengemukakan soalan dan saya akan usahakan untuk memberi pendapat sebaik mungkin bagaimana untuk mempelajarinya daripada sumber-sumber rujukan di internet.

Perkara pertama:

1. Anda perlu mendapatkan perisian Erdas Imagine (version tidaklah begitu penting, asalkan perisian itu boleh diinstallkan). Ingat, jika anda menggunakan perisian cetak rompak bagi tujuan mencari keuntungan, anda boleh didakwa. Bagi pelajar, bolehla cuba mendapatkannya di unit IT universiti anda atau pensyarah.

2. Anda perlu memohon imej satelit daripada pihak Agensi Remote Sensing Malaysia (MACRES). Anda tidak perlu takut/risau sekiranya permohonan ditolak jika anda memerlukannya untuk penulisan thesis atau untu kegunaan jabatan kerajaan. Hanya perlu mengisi borang secara online, dapatkan maklumat kawasan imej yang anda perlukan (Path: ?, Row: ?, Tarikh imej:? Jenis Satelit:?, Jenis Sensor:?). Kemudian taip 1 surat rasmi sebagai follow-up kepada borang online itu tadi, nyatakan tajuk thesis/ sebab imej diperlukan dan dapatkan tandatangan pensyarah/ ketua jabatan. Faxs kepada pihak Macres dan telefon untuk follow-up kali kedua. Dalam masa 2-3 minggu, anda akan mendapat imej tersebut dengan percuma (jika pelajar/agensi kerajaan), dan anda boleh mula menganalisa. Pihak Macres amat cepat dalam menguruskan permohonan imej. Bagi seorang pemohon, hanya 4 imej dibenarkan dalam setahun. Cara permohonan ini adlah bagi imej jenis tidak terhad sahaja. Bagi imej terhad, anda perlu mengemukakan surat melalui dekan/pengarah jabatan anda.

No comments:

Post a Comment