17 January 2009

Nypa fruticans (Nipah)

Pokok nipah adalah antara beberapa pokok yang boleh hidup dikawasan paya bakau. Ia tumbuh di kawasan berlumpur dimana arus airnya agak tenang dan mempunyai input air tawar. Ia mudah dijumpai di kawasan muara dimana pertembungan air masin (apabila air pasang) dan air tawar (air surut dan hujan) berlaku.

Kegunaan Nipah:

1. Bahan makanan: nira nipah yang manis dikutip sebelum bunga daripada tangkai Pucuk pohon nipah juga boleh dimakan. Kelopak bunga nipah boleh direndam dan dijadikan teh aroma. Buah yang tidak matang dijadikan jeli untuk dimakan. Bahan buangan daripada nipah boleh dijadikan makanan haiwan.

2. Bahan binaan: daun nipah yang kering dijadikan atap apabila dianyam. Ia juga dijadikan bakul dan pelbagai cenderahati yang lain. Daun nipah yang muda djadikan daun rokok.

Status di Malaysia: Mudah dijumpai

No comments:

Post a Comment