03 January 2009

Bruguiera cylindrica (Bakau putih)

Pokok ini tumbuh pada tanah yang masih dalam proses akumulasi (newly formed ground) iaitu di kawasan berlumpur. Bakau putih tumbuh daripada hujung cabang dahannya dan bukan dari batang. Mempunyai akar lutut yang mana membantu menyimpan udara semasa air pasang (ditenggelami air). Ciri-ciri akar yang sama dengan sistem akar lutut genus Bruguiera yang lain.

Kegunaan Bakau Putih:

1. Bahan makanan: pucuk boleh dimakan sebagai ulaman/sayuran apabila direbus. KUlitnya dijadikan rempah.

2. Bahan binaan dan bahan bakar: kayunya yang keras menjadikan ianya sesuai dijadikan serucuk serta kayu arang.

3. Ubatan tradisi: daun untuk menghentikan darah dan mengawal tekanan darah tinggi.

Ciri-ciri utama:

Ketinggian: Sehingga 20m.
Batang: kelabu, licin
Akar: sistem akar lutut dengan sokongan.
Daun: nipis, hijau muda
Bunga: berbunga kecil putih kehijaun, kelopaknya ada sedikit jumbai.
Buah: buah sepanjang 15cm bercambah dari buah membentuk jejari yang bengkok.

Status Di Malaysia: Dijumpai di sesetengah tempat

No comments:

Post a Comment